Feb 10, 2009

2009 (edisi lambat bangun..heh)

Hello ^o^

Hai \^_^/

Hello..Hello

Hai..Hai.. :)

----------

Semester pertama di tahun 2009, saya mengajar lagi. Ana mu'allim :)Kali ni di SMK Pulau Sebang, Tampin, Melaka. Jauh? Jika berkereta ambil masa setengah jam juga.

[6.30 pagi laie den dah poie kojo. Golap bona jalan ghayo..]

SMK Pulau Sebang ni adalah kategori SMJK. "Sekolah bantuan modal" kata cikgu-cikgu yang sempat saya temuramah. Jadi, keliling saya 80% adalah pelajar Cina, 20% India dan selebihnya Melayu.

Cabaran? Ada :)

-----------

Saya masih dipanggil "ustazah", guru Bahasa Melayu serta Moral. Mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar bukan Melayu kelas belakang adalah di antara cabarannya.

Saya tak kata budak Melayu pandai betul Bahasa Melayunya, cuma ada masalah sedikit untuk ajar pelajar Cina dan India untuk memahami bahasa yang jarang mereka tuturkan.

Dan, seperkara lagi rata-rata pelajar di 'kelas belakang" ni agak 'nakal' lah pulak..huhu, garu kepala sekali sekala :)

Pengalaman lama banyak ajar saya bahawa perkara awal yang perlu diberi perhatian ialah kawalan kelas. Kendian barulah penyampaian ilmu. Jika kelas bising, murid berterabur..nak ajar sapa pulak kan? Menung lah kot..hehe!

Satu fakta umum: Saya tiada ilmu pedagogi. Langsung, saya ambil masa sendiri untuk belajar cara mengajar.

-----------

"Cikgu, aku mau pigi tandas"

"Cikgu, tandas" - sayakah tandas?? woooooo!

Akibatnya, mereka saya kerah menggunakan bahasa Melayu dengan lebih sempurna.

"Bukan mahu tukar mereka jadi orang Melayu" kata Cikgu Ismail. Cuma, sekurangnya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diiktiraf, digunapakai dengan hemah dan membantu mereka dalam peperiksaan kelak.

Muhibahnya di SMJK Pulau Sebang bila dapat lihat tiga bangsa bercakap dalam bahasa Melayu sepanjang hari di sekolah kami :)

Kita kan orang Malaysia.

----------

Saya masih berharapan seperti selalu. Menabur budi dan mengayakan kasih sayang. Mudahan ada hikmahnya ke SMJK Pulau Sebang. Jauh menimba ilmu dan pengalaman. Semoga dipermudah. Ameen.

No comments: